Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pasukan Vietnam bakal menerima kunjungan skuad Jepun dalam perlawanan ke-5 kelayakan Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung di Stadium My Dinh pada 11 November 2021.
Menurut laporan sebuah media sukan Vietnam, 3 hari yang lalu kumpulan pertama dari Jepun tiba di Lapangan Terbang Noi Bai dengan 10 orang pegawai pasukan yang membawa kelengkapan latihan skuad Samurai Blue itu.
Artikel itu mendedahkan bahawa ada kira-kira 200 barang yang dibawa dari Jepun dan dianggarkan seberat 8 tan kesemuanya, yang merupakan peralatan latihan, ubat-ubatan, jersi dan lain-lain perkara yang diperlukan oleh pemain-pemain mereka.
Semua barangan ini juga akan turut dibawa ke Muscat, Oman selepas tamat perlawanan di Hanoi kerana mereka dijadualkan untuk berdepan pasukan Oman pada 16 November nanti.

Menurut artikel itu lagi, Vietnam Football Federation (VFF) telah menyediakan kenderaan kemudahan pemain…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: