Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Skuad Malaysia B-22 Cuma Ada 3 Hari Buat Persiapan Terakhir Ke Sukan SEA

today1 May 2023

Background
Malaysia B-22


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Walaupun mempunyai tempoh persiapan yang singkat namun skuad Malaysia bawah 22 tahun (Malaysia B-22) cukup bersemangat menghadapi saingan Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Artikel Berkaitan:

Pasukan kendalian E. Elavarasan itu hanya mempunyai tempoh selama 3 hari membuat persiapan terakhir berdepan Laos untuk aksi pertama peringkat kumpulan B pada hari rabu ini.

Menurut E. Elavarasan, pemainnya sudah memahami falsafah dan corak permainan yang diterapkan kerana sudah mengadakan tiga sesi latihan pusat yang berlangsung beberapa bulan lalu.

Katanya, tempoh berkenaan sebenarnya cukup untuk menyuntik falsafah permainan diinginkan dan pasukan dilihat bersedia mengharungi cabaran sukar di saingan itu.

“Cara kita buat tahun ini lain sikit sebab kita ada kem pertama, kem kedua dan kem ketiga.

“Walaupun lewat dia (pemain dikumpulkan) sampai, tapi dia tahu matlamat kita, modul kita, jadi untuk saya bukan isu lewat sampai ke apa.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post