Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad negara menepis segala kritikan yang dilemparkan segelintir peminat bola sepak tanah air dengan melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan AFF Bawah 19 (B-19) Tahun 2022 selepas menundukkan Vietnam 3-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi sebentar tadi.
Kemenangan yang nyata cukup sukar untuk diraih anak buah Hassan Sazali Waras itu menyaksikan skuad negara mara ke pentas final buat edisi ketiga berturut-turut.
Berdepan lawan yang memiliki kemahiran individu berkualiti, barisan pemain negara mempamerkan kekentalan ketika aspek bertahan dan dilihat bergantung harap kepada serangan balas pantas.
Ia jelas dibuktikan apabila ketika Vietnam giat menyusun gerakan, berpunca daripada satu serangan dilakukan skuad negara membolehkan Adam Farhan Mohd Faizal untuk melakukan ‘placing’ dari luar kawasan penalti sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol lawan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
