Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Skuad Poland Bertolak Ke Qatar Diiringi Jet Pejuang

today19 November 2022

Background
Jet Pejuang


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pasukan kebangsaan Poland sudah pun tiba di Qatar semalam bagi menghadapi Piala Dunia 2022. Mereka dijadualkan menentang Mexico dalam perlawanan pembukaan kumpulan C pada hari rabu ini.

Artikel Berkaitan:

Lebih menarik, mereka sempat diiringi pesawat pejuang tentera F-16 ketika berlepas ke Qatar. 

Dua jet tentera Poland mengiringi kapal terbang yang membawa bintang utama, Robert Lewandowski dan rakan sepasukan yang akan membantu Poland cuba melepasi peringkat kalah mati pertama kali sejak 1986.

Akaun rasmi pasukan kebangsaan Poland menyebut:

“Kami diiringi ke sempadan selatan Poland oleh pesawat F16! Terima kasih kepada juruterbang!”

Sebab utama penerbangan itu dilakukan ialah bagi menjaga keselamatan para pemain dan pegawai selepas terdapat isu politik membabitkan kematian dua warga Poland di ladang kira-kira 10 kilometer dari sempadan Ukraine pada Selasa.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post