Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Walaupun turun tanpa sembilan pemain yang masih menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Hassan Sazali Waras berharap situasi itu tidak mengganggu peluang pasukannya apabila berentap dengan Tok Janggut Warriors FC pada pusingan pertama Piala FA, malam ini.
Berbekalkan 18 pemain yang boleh digunakan, Hassan mengharapkan pengalaman 13 pemain dari musim lalu mampu membantu perjuangan Skuad Projek FAM-MSN pada aksi pertama kompetitif musim ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
“Saya tidak dapat menyenaraikan pemain-pemain dengan selengkapnya kerana masih ada pemain yang sedang duduki SPM.
“Seramai sembilan pemain masih jalani peperiksaan pada hari esok yang menjadikan mereka tidak boleh bersama pasukan untuk perlawanan ini.
“Dari senarai baki 20 pemain, dua daripada mereka alami kecederaan dengan salah seorang ialah penyerang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: