Skuad Malaysia Bawah 16 tahun (B-16) meletakkan sasaran untuk beraksi di Piala Dunia 2025 apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menambah 9 slot kepada benua Asia.
Menurut pengurus skuad B-16 negara, Christopher Raj, penambahan slot itu telah memberi peluang kepada Malaysia untuk memburu tempat di Piala Dunia B-17 dengan syarat layak ke suku akhir Piala Asia B-17 2025.
Baca Juga:
Justeru itu, Kejohanan Piala AFF B-16 2024 di Surakarta yang berlangsung pada 21 Jun hingga 3 Julai 2024 merupakan medan persiapan awal skuad B-16 negara sebelum menghadapi Kelayakan Piala Asia B-17 pada bulan Oktober nanti.
“Sasaran peribadi saya adalah menyaksikan pasukan ini layak pada Piala Asia B-17 2025 nanti. Pada kejohanan terbabit kita akan ada peluang untuk bersaing pada Piala Dunia B-17 2025 di Qatar.
“Pada saingan itu, slot automatik diberikan kepada pasukan benua Asia sudah bertambah kepada sembilan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: