Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SkyPark Link mungkin dibuka lebih awal

today30 July 2024

Background


SUBANG – Perkhidmatan keretapi yang menghubungkan KL Sentral dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), iaitu SkyPark Link mungkin akan kembali beroperasi lebih awal, sebelum terminal baharu di LTSAAS dibuka pada tahun 2027 atau 2028.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ia boleh diawalkan lagi sekiranya terdapat permintaan yang tinggi, dengan pengembalian operasi pesawat jet di LTSAAS bermula 1 Ogos ini.

“Saya pernah katakan sebelum ini bahawa apabila terminal baharu sudah bersedia untuk beroperasi, perkhidmatan tren ini juga perlu bersedia.

“Malah, kita melihat ada kemungkinan untuk ia beroperasi lebih awal kerana landasan dan stesennya sudah ada, hanya perlu menunggu untuk permintaannya kembali meningkat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau persiapan sebelum permulaan operasi jet di LTSAAS, di sini hari ini.

Fasa operasi interim jet di LTSAAS yang bermula Khamis ini bakal meningkatkan ketersambungan lapangan terbang tersebut kepada penerbangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post