Site icon Kool FM

SkyWorld dapat kelulusan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia


PETALING JAYA – SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).

Pengasas dan Pengerusi ­Eksekutif Skyworld, Datuk Seri Ng Thien Phing berkata, bersempena penyenaraian tersebut, tawaran awam awal (IPO) SkyWorld yang terdiri daripada syarikat pegangan pelaburan, menawarkan perkhidmatan pengurusan kepada subsidarinya dan juga sebagai pemaju hartanah, bakal melibatkan sebanyak 208 juta saham baharu.

Menurut beliau, ia mewakili kira-kira 20.8 peratus daripada terbitan saham modal yang diperbesarkan dan daripada 208 juta saham baharu itu sebanyak 25 juta saham ditawarkan kepada pengarah yang berkelayakan, pengurusan kanan utama, pekerja dan juga individu yang menyumbang kepada kejayaan Kumpulan.

Baki sebanyak 133 juta saham baharu pula akan ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada institusi dan juga pelabur terpilih.

Sebanyak 150 juta saham…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version