PETALING JAYA – SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) bersempena tawaran awam awal (IPO) dan juga penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia Securities Berhad menjelang suku ketiga tahun ini.
Syarikat pemaju hartanah itu bakal membuat tawaran awam sebanyak 208 juta saham baharu dan tawaran untuk jualan adalah sebanyak 192 juta saham sedia ada.
Tawaran runcit adalah sebanyak 75 juta saham mewakili 7.5 peratus daripada tawaran saham Skyworld diperbesarkan, 25 juta saham untuk pengarah, pengurusan kanan utama, pekerja dan juga individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.
Selain itu, ia memperuntukkan tawaran institusi sebanyak 325 juta saham IPO mewakili 32.5 peratus daripada tawaran saham SkyWorld diperbesarkan yang mana 150 juta saham
untuk pelabur bumiputera dan 175 juta saham ditawarkan kepada pelabur dan juga institusi.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif SkyWorld, Datuk Seri Ng Thien Phing…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
