PETALING JAYA – Jenama konfeksi popular yang digemari ramai telah melancarkan produk terbaharunya iaitu Kinder Schoko-Bon Crispy sejak bulan lepas bertujuan untuk mempelbagaikan lagi pilihan barangan kepada peminat di negara ini.
Wakil Kinder Schoko-Bons Crispy, Fabian Heymer berkata, produk bersaiz bujur dengan saiz gigitan itu menampilkan biskut wafer bercoklat susu yang rangup ditambah dengan taburan koko yang lazat bakal memberi kepuasan kepada peminat makanan tersebut yang boleh dinikmati bersama orang tersayang dan juga keluarga.
“Apabila digigit, ia membuka inti berkrim susu dan koko yang sungguh sedap. Gabungan unik tekstur dan rasa ini juga akan membawa ibu bapa serta anak-anak dalam satu pengembaraan rasa yang menyeronokkan, sambil meneroka pelbagai lapisan keenakan dalam setiap gigitan.
“Ia juga dicipta untuk keluarga yang menghargai keindahan kesederhanaan dalam kehidupan dan detik berkualiti bersama anak-anak jadi Kinder Schoko-Bons Crispy bukan sekadar snek,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: