Site icon Kool FM

Sokongan Padu Rakyat Malaysia Jadi Motivasi Saya Untuk Terus Berjuang

Hakim Danish


Kejayaan mencipta sejarah dengan meraih kemenangan sulung di pentas Kejuaraan Dunia Moto3 di Litar Brno, Republik Czech semalam sememangnya meninggalkan detik yang sukar dilupakan buat pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli.

Selepas menampilkan tunggangan penuh berani dan bijak, beliau mengakui kemenangan itu cukup istimewa buat dirinya, pasukan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan.

“Ini adalah kemenangan yang sangat istimewa buat saya, pasukan serta seluruh penyokong Malaysia. Hujung minggu ini bukan mudah kerana kami berdepan pelbagai cabaran, namun saya tidak pernah berhenti percaya kepada kemampuan diri sendiri dan kerja keras yang dilakukan bersama pasukan.”

“Saya amat bersyukur kerana akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama di pentas Kejuaraan Dunia Moto3. Perasaan saya ketika ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat gembira dan bangga dapat menghadiahkan keputusan ini kepada semua yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version