Jurulatih England, Gareth Southgate yakin pasukannya akan mara lebih jauh walaupun berdepan pelbagai kritikan susulan prestasi yang kurang memuaskan sepanjang kempen Euro 2024.
Mereka menampilkan satu lagi persembahan mengecewakan dan nyaris tersingkir ketika menentang Slovakia di pusingan 16.
Baca Juga:
Namun, jaringan akrobatik Jude Bellingham pada minit akhir dan tandukan Harry Kane awal pada awal masa tambahan berjaya menyelamatkan The Three Lions sekaligus menempah tiket ke suku akhir Euro 2024 menentang Switzerland pada hari ahad ini.
“Saya boleh bayangkan bagaimana reaksi semua orang biarpun kami menang, tetapi kami masih di sini,” kata Southgate.
“Kami mahu menjadi lebih baik, saya tidak boleh menafikannya. Tetapi semua orang dapat lihat semangat dan perwatakan yang ditunjukkan pemain,” tambahnya.
Antara kunci kemenangan England ialah kerjasama berpasukan termasuk pemain gantian yang berjaya melaksanakan tugas dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: