Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SPED-RCB bantu perluas operasi Sumatraa tembusi pasaran domestik, global

today19 May 2025

Background


PETALING JAYA – Nekad me­ninggalkan kerjaya selesa bersa­ma sebuah syarikat pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah semata-mata mahu mengusaha dan memiliki perniagaan sendiri.

Itulah kecekalan lelaki berasal dari Terengganu itu yang akhir­nya membuahkan hasil apabila syarikat berasaskan makanan pek segera di bawah jenama Sumatraa bukan sahaja terkenal di dalam negara, malah turut mendapat permintaan di pasaran antarabangsa.

Pengarah Urusan Sumatraa Industries Sdn. Bhd. (Sumatraa), Syaifullah Ghani, 36, berkata, hanya bermodalkan RM1,500 pada tahun 2021 dan mengoperasikan perniagaannya hanya dari rumah di Puncak Alam, kini perusahaaan yang dibangunkan bersama isteri, Nornine Afifie mampu menggajikan 11 orang pekerja.

Bercerita tentang permulaan perniagaan, idea tercetus untuk menubuhkan Sumatraa itu bermula ketika sektor pelancongan mengalami kemerosotan agak ketara ekoran pandemik melanda negara.

“Waktu itu, saya cuba mencari alternatif untuk menyara ke­luarga melalui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post