Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Speedy Tigers Kembali Ke Ranking Nombor 9 Dunia

today12 August 2023

Background
Speedy Tigers


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kejayaan skuad hoki lelaki negara atau dikenali sebagai Speedy Tigers menewaskan Korea Selatan 6-2 di peringkat separuh akhir Trofi Juara-Juara Asia 2023 semalam telah menceriakan peminat sukan tanah air.

Artikel Berkaitan:

Selain mara ke perlawanan akhir buat kali pertama dalam sejarah, ia juga turut memberi pulangan dari segi mata ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). 

Menerusi kemaskini ranking dunia oleh FIH, kemenangan ke atas Korea Selatan menyaksikan Malaysia memperolehi tambahan 29.57 mata.

Jumlah itu memastikan Malaysia kini kembali di ranking nombor 9 dunia dengan jumlah keseluruhan mata 2049.98 meninggalkan pesaing terdekat Korea di tangga ke-10.

Ia adalah rekod kedudukan ranking tertinggi dalam sejarah hoki negara selepas FIH mengemaskini jumlah mata ranking serta-merta sebaik berakhirnya perlawanan.

Pada bulan Januari lepas, skuad hoki negara sempat berada di ranking ke-9 dunia selepas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post