PETALING JAYA – SMA adalah satu gangguan neuro genetik yang menjejaskan sistem saraf pusat dan menyebabkan sel saraf di saraf tunjang dan batang otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ia memberi kesan kepada segenap individu, daripada peringkat bayi dan kanak-kanak kecil sehingga ke peringkat remaja dan dewasa.
Individu yang mengalami SMA tidak menghasilkan protein SMN yang mencukupi kerana gen neuron motor survival 1 (SMN1) bermutasi atau disingkirkan.
Disebabkan kekurangan protein SMN yang merupakan kunci perkembangan otot dan pergerakan maka otot menjadi semakin lemah dan atrofi berlaku.

Ini memberi impak terhadap keupayaan fizikal pesakit seperti bernafas, menelan, merangkak, berjalan, kawalan kepala dan pergerakan secara menyeluruh.
Realiti yang amat menyedihkan adalah individu yang mengalami SMA mungkin tidak dapat duduk atau mampu duduk tetapi tidak boleh berjalan dan sesetengah daripada mereka masih boleh berjalan tetapi berkemungkinan akan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: