PETALING JAYA – Bersesuaian dengan cuaca panas yang tidak menentu di Johor, Legoland sedang menganjurkan kembali Splash Carnival yang bakal mendinginkan tubuh badan pengunjung bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak tetapi orang dewasa malah juga mesra kepada warga emas untuk bersantai.
Bersandarkan pengalaman pada tahun lalu, Legoland Malaysia Resort terus menambah baik program Splash Carnival pada tahun ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik sehingga pengunjung tidak sedar masa berlalu begitu pantas ketika berada di dalam taman tema air tersebut sehinggalah jam terakhir operasinya pada pukul 6 petang.
Sedang berlangsung selama lima minggu sehingga 4 Ogos ini, taman air Legoland menyediakan aktiviti yang menerujakan khususnya bagi peminat air untuk terlibat dalam pelbagai permainan yang menyeronokkan dengan sokongan daripada kakitangan yang begitu mesra di situ.
Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim berkata, sambutan yang dierima sangat menggalakkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
