Site icon Kool FM

Spritzer menang anugerah jenama terbaik 


PETALING JAYA – Spritzer Malaysia (Spritzer) memenangi anugerah kebangsaan bagi kategori air di Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2021-2022 anjuran World Branding Forum pada 25 November lalu.

Pengeluar air mineral terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata, anugerah yang berlangsung secara maya itu menyaksikan lebih daripada 5,300 jenama dari lebih 60 negara dicalonkan dalam pelbagai kategori, dengan 500 jenama memenangi anugerah, yang ditetapkan mengikut tiga kategori iaitu global, serantau dan kebangsaan.

“Spritzer berbangga kerana sekali lagi memenangi anugerah ini.

“Kejayaan ini merupakan pengesahan penting kepada populariti, kepercayaan pelanggan dan pengguna setia jenama Spritzer, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan serta  terima kasih atas segala sokongan padu yang diberikan.

“Syarikat sentiasa berusaha mengekalkan kualiti air mineral semula jadi yang kaya silika daripada punca air dalam tanah di kawasan seluas 330 ekar (133…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version