Site icon Kool FM

‘SPRM Banyak Dapat Maklumat Daripada Pemangku Sultan Johor’ – Azam Baki

'Banyak SPRM Dapat Maklumat Daripada Pemangku Sultan Johor' – Azam Baki


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyatakan ‘Op Sohor’ yang dijalankan SPRM ketika ini turut mendapat kerjasama Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Menurutnya, pihaknya mendapat pelbagai maklumat hasil perkongsian daripada Baginda berhubung sindiket itu, petik Buletin TV3.

“Saya ingin memberitahu bahawa Yang Amat Mulia Kebawah Duli Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Sultan Johor dalam hal ini amat bekerjasama (dengan SPRM) dan Baginda mahu perkara ini dibanteras.

“Banyak juga kita (SPRM) dapat maklumat-maklumat yang kami diperolehi daripada hasil rangkaian Baginda,”katanya.

Memetik laporan itu lagi, Tan Sri Azam Baki menyatakan sehingga kini sindiket berkenaan dipercayai hanya tertumpu di kawasan selatan tanah air dan tiada tangkapan baharu dibuat.

“Setakat ini belum nampak lagi bukti-bukti berkenaan, setakat ini banyak tertumpu di kawasan selatan negara,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version