Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah melancarkan siasatan terhadap kerugian pelaburan RM43.9 juta yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam FashionValet (FV).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pelaburan FashionValet itu membabitkan dana awam dan merupakan soal kepentingan awam, lapor Astro Awani.
Baca Juga:
“Saya telah mengarahkan para pegawai saya untuk memulakan siasatan kerana perkara ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
“Jadi siasatan perlu (dilakukan) sama ada terdapat unsur-unsur jenayah atau tidak atau hal-hal lain berkaitan isu tatakelola,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat malam.
Terdahulu, Kementerian Kewangan memberikan jawapan bertulis berhubung kerugian puluhan juta ringgit hasil pelaburan Khazanah dan PNB dalam platform FashionValet.
Tidak lama kemudian, jurucakap kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil meminta ketiga-tiga pihak itu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: