Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai yang dikatakan milik keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim, disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bangunan berketinggian 274 meter yang mempunyai 60 tingkat itu disita mengikut Akta SPRM 2009.
Artikel Berkaitan:
Berdasarkan notis disiarkan di sebuah akhbar, perintah sita harta tak alih itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib kepada Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, arahan itu turut melarang segala urusan di Menara Ilham atau disebut sebagai harta tak alih dalam notis berkenaan.
Ia dibuat mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.
“Bahawa terdapat harta tak alih, seperti dalam Jadual, adalah hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
“Dengan ini, mengeluarkan notis kepada kamu supaya menyita harta tak alih seperti dalam jadual tersebut; dan melarang segala urusan tentang harta tak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: