Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SR Marine meterai MoU bina kapal saiz sederhana bersama Teroka Majubina

today12 January 2024

Background


PETALING JAYA – SR Marine Services Sdn. Bhd. hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan perkhidmatan marin lengkap kepada Teroka Majubina Sdn. Bhd., merangkumi peruntukan untuk pembinaan kapal saiz sederhana bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

MoU berkenaan merupakan sebahagian daripada skop perniagaan Teroka Majubina yang akan membangunkan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid yang bakal dibina di Tanjung Agas, Pekan, Pahang.

Pengerusi Teroka Majubina, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan pemeteraian kerjasama tersebut sebagai satu kemajuan penting dalam merealisasikan dan menjayakan objektif pembangunan Kompleks Kapal Hibrid di Pekan.

“Sejak MoU pembinaan Kompleks Hibrid ditandatangani tiga bulan lalu, Teroka Majubina telah mencapai beberapa fasa kemajuan dan MoU hari ini membantu melengkapkan misi besar Teroka Majubina.

“Kerjasama untuk membina kapal saiz sederhana untuk kegunaan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara akan menjayakan keperluan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Luar Negara

Cipta rekod nyanyi berterusan 126 jam, 52 minit

Accra, Ghana: Personaliti Ghana, Afua Asantewaa Owusu Aduonum mendakwa, dia berjaya memecahkan rekod Guinness Book of Records apabila menyanyi secara berterusan selama 126 jam dan 52 minit, baru-baru ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today12 January 2024