

KUALA LUMPUR: Projek perlombongan arang batu di Mongolia tidak pernah menjadi kenyataan walaupun USD60 juta telah dibayar oleh SRC International Sdn Bhd kepada anak syarikatnya SRC BVI untuk projek usaha sama dengan syarikat Abu Dhabi bernama Aabar, Mahkamah Tinggi diberitahu.
Penyelesai hutang SRC BVI, Angela Barkhouse yang merupakan saksi kedua memberi keterangan dalam saman sivil USD1.18 bilion SRC International terhadap bekas perdana menteri Najib Razak berkata, SRC BVI menjalin usaha sama (JV) dengan Aabar pada 3 Nov 2011 dengan objektif utama melabur dalam projek yang melibatkan sumber tenaga boleh diperbaharui, sumber asli dan mineral.
“Aabar-SRC diperbadankan pada 25 Okt 2011 dan pengarah syarikat itu ialah bekas ketua pegawai eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: