PETALING JAYA – Perintis program kenderaan elektrik (EV) dan dron di Malaysia, Datuk P. Sri Ganes telah menerima Anugerah Tokoh Mahir 2024 sebagai penghargaan atas usaha beliau memperkukuhkan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) di negara ini.
Anugerah Tokoh Mahir adalah untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan latihan kemahiran dan dijadikan teladan bagi masyarakat.
Beliau telah menerima anugerah daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir 2024 di Putrajaya baru-baru ini.
Pengiktirafan tersebut diberikan kepada Sri Ganes sebagai menghargai sumbangan beliau selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group dalam memperkasakan serta memasyarakatkan TVET di Malaysia.
Sri Ganes melalui institusi latihan yang diusahakannya itu menawarkan program latihan yang inovatif dan relevan dengan keperluan semasa termasuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
