Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

SSM serah bakul makanan kepada OKU

today16 September 2021

Background


PETALING JAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) untuk manfaat golongan orang kelai­nan upaya (OKU) cacat penglihatan.

Bakul makanan bernilai RM100 setiap satu diagihkan kepada 60 penerima dalam kalangan OKU cacat penglihatan.

Ia turut melibatkan sumbangan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM6,000 kepada PPOBM.

Majlis penyerahan sumba­ngan telah di­sempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz kepada Presiden PPOBM, Muhammad Huzaifah Ahmad di Pejabat PPOBM Brickfields baru-baru ini.

Nor Azimah berkata, sehingga 31 Ogos lalu, pihaknya telah mengagihkan peruntukan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM759,748.00 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara.

“Bagi peruntukan tanggungjawab sosial korporat pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM231,939.00 kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Grab, KPDNHEP jayakan Promosi Minggu Peniaga Kecil

PETALING JAYA – Promosi ­Minggu Peniaga Kecil anjuran Grab Malaysia pada bulan September ini dijangka memanfaatkan kira-kira 39,000 peniaga ­kecil. Pengarah Urusan Grab Malaysia (Grab), Sean Goh ber­kata, usaha ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil dalam bidang makanan dan minuman (F&B) tempatan membiasakan diri dalam norma baharu serta untuk memenuhi permintaan dalam perkhidmatan online yang terus meningkat pada masa sekarang. Menurut beliau, dari tarikh 24 hingga 30 September, pengguna Grab […]

today16 September 2021