Perluasan SST kali ni agak menyeluruh daripada buah-buahan import dan cendawan truffle, sampailah ke yuran prasekolah, servis kecantikan dan rawatan spa pun dah termasuk sekali.
Tetapi jangan risau dahulu kerana barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, buku dan ubat masih kekal bebas cukai. Jadi, tak semua benda akan naik harga.
Menurut laporan daripada New Straits Times, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah perluasan SST ni adalah sebahagian daripada reformasi ekonomi MADANI yang bertujuan nak kukuhkan hasil negara tanpa membebankan rakyat biasa.
“Hasil tambahan tu nanti akan digunakan untuk baik pulih perkhidmatan awam, naik taraf infrastruktur, dan tambah bantuan tunai kepada rakyat,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: