Site icon Kool FM

ST Rosyam Mart sasar 20 cawangan menjelang 2025


SHAH ALAM – Pasaraya ST Rosyam Mart menyasarkan membuka 20 cawangannya di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2025.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Rosyam Nor berkata, cawangan terbaharu yang akan dibuka adalah di Taman Ehsan Kepong seawal bulan depan.

Katanya, ini seterusnya menjadikannya cawangan ketujuh seterusnya memperkukuhkan jenama ST Rosyam Mart khususnya di Lembah Klang.

“Kita sasar buka 20 cawangan menjelang tahun 2025. InsyaAllah, selepas itu akan buka ST Rosyam untuk francais.

“Sudah tentu, kita cuba pergi lebih jauh sehingga tersenarai dalam bursa saham,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, ST Rosyam Mart menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai ‘First 24 hours Upscale Wholesale Retail Market’ dalam majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Roziah Abudin.

Pengiktirafan tersebut diberi kepada syarikat tersebut yang menjadi pasaraya runcit pertama dibuka 24 jam tanpa bercuti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version