
PETALING JAYA – Bioeconomy Corporation telah menyumbang sebanyak RM39.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sepanjang tempoh 20 tahun, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai pemacu utama industri bioteknologi dan berasaskan-bio.
Menerusi dua program utamanya, Status BioNexus dan Bio-based Accelerator (BBA), Bioeconomy Corporation telah memudah cara lebih RM14.6 bilion pelaburan yang diluluskan, menjana lebih 16,600 peluang pekerjaan di seluruh negara serta menyokong hampir 650 syarikat Status BioNexus dan BBA.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, pencapaian 20 tahun Bioeconomy Corporation mencerminkan keyakinan berterusan kerajaan terhadap agensi tersebut untuk menerajui bioekonomi Malaysia ke arah daya saing global.
Menurut beliau, pada tahun 2025 sahaja, anggaran nilai pelaburan dan komersial yang direkodkan di bawah seliaan Bioeconomy Corporation meningkat kepada lebih RM2.44 bilion daripada RM1.55 bilion pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
