PETALING JAYA – Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) kini giat mempromosikan kulinari etnik negeri tersebut yang kaya dengan pelbagai hidangan tradisional khususnya bagi kaum Orang Ulu dan Dayak di Bumi Kenyalang.
Bersesuaian dengan popularitinya sebagai destinasi yang memiliki kepelbagaian khazanah flora dan fauna itu, STB meningkatkan kempen dan promosi mengetengahkan beberapa restoran yang bakal memenuhi cita rasa dan selera pengunjung.
Antara premis popular pilihan pengunjung adalah Restoran Lepau yang diusahakan oleh pengasasnya, Marichelle Livan Lah sejak tahun 2014.
Premis yang pernah memenangi Anugerah Restoran Etnik Inovatif Terbaik pada Anugerah Perlancongan Malaysia ke-20 pada tahun 2018 itu menghidangkan Nasi Adan Merah yang mana ia adalah hidangan popular yang dihidangkan pada Hari Gawai.
“Menu popularnya yang lain juga adalah ayam pansuh dan pelbagai hidangan sayur tepus (Red Gingerwort), terung asam Dayak (Solanum lasiocarpum Dunal) dan sayur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
