Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Steady Je Layan Omar & Hana’- Perkongsian Terbaru Pogba Di Instagram Curi Perhatian Netizen

today18 September 2021

Background


Sebut mengenai Paul Pogba pasti ramai peminat bola sepak yang cukup mengenalinya. Berjaya menjadi pemain Manchester United dan pasukan kebangsaan Perancis serta memenangi Piala Dunia 2018 membuatkan beliau diminati ramai.

Di sebalik kehidupan beliau di padang, perkongsian terbaru Paul Pogba di Instagram baru-baru ini nyata berjaya menarik perhatian para netizen khususnya netizen Malaysia.

Semuanya bermula apabila Paul Pogba yang menjalinkan kerjasama bersama syarikat TCL France dalam mempromosikan televisyen keluaran TCL yang hadir dengan saiz 72-inci.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tontonan Pogba di televisyen iaitu sebuah rancangan kartun kanak-kanak keluaran Malaysia iaitu Omar & Hana daripada syarikat Digital Durian.

Perkongsian beliau nyata menarik perhatian netizen dari Malaysia untuk komen sekaligus teruja rancangan tempatan tersebut berjaya tersiar atau dimainkan oleh pemain ternama yang mempunyai 48.1 juta pengikut di Instagram ini. Berikut merupakan respon netizen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post