Kool FM

Stefano Brundo Sedia Beraksi Di Posisi Tengah


Pemain import Sri Pahang, Stefano Brundo bersedia untuk menggalas tugas baharu di posisi tengah meskipun pada awalnya dia hadir sebagai pemain pertahanan untuk kelab Pantai Timur itu.

Kemampuannya untuk mencetak jaringan menyaksikan pemain import kelahiran Argentina ini menjadi pilihan Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad untuk meletakkan pemain ini di posisi tengah pada musim lalu.

Baca Juga:

Pemain yang sudah melengkapkan 25 penampilan bersama Sri Pahang ini berjaya mencetak 12 jaringan pada musim 2023, sekaligus membuktikan ketajamannya dihadapan gol.

Bagi dirinya, dia tidak sabar untuk beraksi pada musim baharu dan tidak terlalu memikirkan posisi yang bakal ditentukan oleh Fandi dalam saingan liga yang akan bermula pada Mei ini.

Stefano Brundo
Sumber Gambar: Sri Pahang

“12 gol pada musim lalu adalah suatu perkara yang sangat hebat dan menakjubkan bagi saya. Saya tidak fikir saya akan beraksi sebagai seorang penyerang kerana posisi yang selalu saya bermain adalah bahagian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version