
Nama Stephen Chow ternyata masih mempunyai aura luar biasa dalam industri perfileman Asia apabila filem terbaharunya, Kung Fu Soccer, mencipta sensasi di pawagam China.
Walaupun banyak kritikan diberikan kepada filem ini ketika teaser promosi dikeluarkan. Namun ternyata ramai yang masih merindui hasil air tangan Stephen Chow.
Filem yang menampilkan kisah pasukan bola sepak wanita itu berjaya meraih kutipan sekitar ¥260 juta (lebih kurang RM150 juta) pada hari pertama tayangan.
Lebih mengagumkan, Kung Fu Soccer menguasai lebih 80 peratus daripada keseluruhan pasaran pawagam di China pada hari pembukaannya, sekali gus membuktikan pengaruh pengarah legenda itu masih belum pudar.
Selain itu, strategi menayangkan filem ini ketika demam bola sepak, sempena Piala Dunia juga memainkan peranan tersendiri.
Kejayaan ini dianggap sebagai kemunculan semula Stephen Chow dalam genre komedi sukan yang pernah melonjakkan popularitinya menerusi filem ikonik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: