Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Straits CommNet Solutions bekerjasama dengan Horizon Shipyard untuk bangunkan Limbungan Kapal Pintar

today21 August 2025

Background


PETALING JAYA – Straits Energy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikat tidak langsungnya, Straits CommNet Solutions Sdn Bhd (Straits CommNet Solutions) telah memeterai satu memorandum persefahaman
(MOU) dengan pengendali limbungan kapal terkemuka, Horizon Shipyard Inter Globe (M) Sdn Bhd (Horizon Shipyard), sebuah syarikat bersekutu tidak langsung milik 20 peratus Straits.

Kerjasama ini adalah untuk mereka bentuk, pembangunan dan pelaksanaan
Limbungan Kapal Pintar di kemudahan milik Horizon.

Ia juga bertujuan untuk mengintegrasikan tenaga solar, sistem pengawasan keselamatan AI, sistem pemantauan dron dan kecerdasan buatan (AI) termaju, serta sistem perisian perancangan sumber perusahaan (ERP) dan pengurusan perhubungan pelanggan (CRM), bagi mewujudkan sebuah limbungan kapal yang terhubung dan dipacu data.

Pelaksanaan sistem pemantauan dron dan AI ini dijangka akan membolehkan Horizon Shipyard mengautomasikan pemerolehan data visual yang kritikal dan memanfaatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post