Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Suami Bonda Rozita Takut Hospital, Ambulans Siap Datang Ambil Di Rumah

today11 March 2021

Background

Setiap orang pasti ada fobia mereka masing-masing. Ada yang takut dengan lipas, ada yang takut dengan kucing dan ada juga yang takut dengan bau hospital. Begitulah yang terjadi kepada suami Bonda Rozita yang juga takut akan hospital termasuklah doktor, jururawat, peralatan hospital terutamanya jarum! Perkongsian terbaru Bonda Rozita di Intsagram milik telah mendapat perhatian warganet apabila telatah suaminya yang terpaksa diangkat masuk ke dalam ambulans untuk di bawa ke hospital akibat sakit batu karang.

Menurut perkongsian Bonda Rozita, suaminya sudah 3 kali mengalami sakit batu karang namun suaminya asyik tunda tarikh temu janji hospital kerana takut. Tambah Bonda, beliau tahu bahawa suami akan lari apabila di ajak ke hospital jadi tindakan terakhir yang mampu beliau lakukan ialah meminta bantuan ambulans untuk mengambil suaminya di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim)

Bonda akui ini beliau sudah tahu taktik suaminya jika diajak ke hospital jadi beliau cuba berfikir jalan yang terbaik lebih lagi sakit yang dialami suaminya kali ini agak teruk berbanding dahulu. Sebelum ini suaminya pernah sakit jam 6.30 pagi tetapi jam 4 petang suaminya sudah keluar lari dari hospital.

Tambah Bonda, suaminya juga rela pengsan dan didokong masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital. Setibanya di hospital suaminya diminta buat beberapa pemeriksaan termasukla ujian air kencing, buat MRI penuh dan pemeriksaan jantung.

Oleh kerana Bonda mempunyai jadual yang padat beliau perlu keluar sebentar tinggal suaminya di hospital. Namun, beliau sempat memberi pesanan kepada suaminya untuk tidak lari dari hospital buat kali ketiga. Suaminya bagaimanapun dikatakan telah membuat percubaan untuk lari tetapi sempat dihalang oleh Bonda.

Inilah boleh dikatakan dalam hati ada taman. Bonda Rozita juga sempat berseloroh dalam ciapannya itu menyatakan walaupun suaminya berbadan sado tetapi  takut jarum, semua ubat-ubatan hospital dan semua peralatan hospital.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

‘Unfollow’ Shahida bukan sebab bergaduh – Rozita

“Mak aii.. RM16.90?” Alif Syukri Jual Mi Segera Harga Kayangan Dikecam Warganet

 

 

Sumber: Instagram Bonda Rozita

Written by: Adinna


Previous post