Kool FM

Suami Heliza Helmi Mengaku Tak Bersalah Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen


Suami kepada selebriti Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas dua pertuduhan, menjalankan berniaga sekuriti tanpa lesen sah.

Suami Heliza Helmi mengaku tak bersalah

Memetik laporan Kosmo Online, Pengasas dan Presiden AUF MBZ itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim, Azrul Darus dan Norma Ismail.

Mahadi didakwa menjalankan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti melalui syarikat AUF MBZ Consortium PLT, sedangkan entiti tersebut tidak memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau status sebagai orang berdaftar yang sah. 

Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Subang Jaya dalam dua tempoh masa berbeza, iaitu antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023, serta 3 September 2021 dan 15 Februari 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) Akta yang sama dan boleh dihukum…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version