Site icon Kool FM

Suami isteri berputih mata, simpanan RM32,000 lesap dilarikan


Mangsa tidak membuat laporan polis selepas kejadian kerana panik dan takut diganggu semula oleh suspek, menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri. (Gambar Facebook)

IPOH: Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 48 tahun yang merupakan tukang masak di sebuah restoran kira-kira 11.52 pagi, 8 Mac lepas.

“Mangsa menyatakan kira-kira 12.30 tengah malam 6 Mac, semasa dia dan isteri berusia 41 tahun tiba di bilik sewa, mereka telah didatangi dua suspek lelaki tidak bersenjata disyaki warga tempatan mengugut dan memaksa mangsa untuk membuka pintu bilik.

“Pada masa sama, suspek menyatakan akan mencederakan mangsa sekiranya pintu tidak dibuka. Oleh kerana mangsa dalam keadaan ketakutan, mangsa menuruti permintaan suspek.

“Setelah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version