Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Suami Pelakon Scam Tu Kenal Dari Sekolah, Memang Kaki Spin’

today4 March 2026

Background
Rakan Sekolah Dakwa Kenal Suami Pelakon Terlibat Scam, Dedah ‘Kaki Spin’ Dari Dulu – ‘Macam Mana Boleh Kahwin Dengan Dia?’


Seorang individu tampil mendedahkan bahawa dia mengenali suami kepada pelakon wanita yang didakwa terlibat dengan isu penipuan (scam).

Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita & Suami Jadi Orang Dikehendaki, Didakwa Tipu Jual Tanah Tak Wujud – ‘Mereka Berada Di Sarawak

Artikel Berkaitan: Janna Nick Bimbang Dengan Keadaan Rakan Artis Terlibat Scam – ‘Harap Ada Yang Boleh Selamatkan Dia’

Jadi scammer?

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu mendakwa lelaki berkenaan sudah dikenali dengan sikap yang tidak baik dan mempunyai reputasi buruk.

Namun, dia berasa terkejut apabila aktres tersebut memilih lelaki itu untuk dijadikan suaminya.

Suami dia aku kenal dari zaman sekolah, memang terkenal kaki spin dari dulu lagi.

Aku tak terkejut kalau dia sekarang jadi scammer tapi yang aku dan kawan-kawan terkejut macam mana pelakon itu boleh kahwin dengan dia. Buta ke?

Tambah individu itu lagi, dia mengesyaki lelaki tersebut selepas melihat alamat di kad pengenalannya yang tular baru-baru ini.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Alia


Previous post