Suasana hiba menyelubungi kelas yang dijalankan seorang pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Jabatan Pengajian Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Trauma, Itu Adalah Tempat Sama Saya Keluarga Kemalangan Pada 2018’
5 anak didik terlibat kemalangan
Menerusi perkongsian di Facebook, pensyarah yang dikenali sebagai Zulfiqar Syah A. Hadi dilihat tidak dapat menahan sebak sebelum menitiskan air mata ketika sesi kuliah pagi yang dijalankannya.
Menurut Zulfiqar, lima pelajar dari pusat pengajiannya terlibat dengan kemalangan tersebut dengan dua daripadanya meninggal dunia.
Permulaan kelas tadi, suasana pilu di UPSI.
Sungguh kami berduka. Sedih, sungguh sedih.
Dua pelajar kami di Jabatan Pengajian Islam meninggal dunia, seorang cedera kritikal, seorang cedera teruk dan seorang patah tangan.
Pagi Isnin, negara dikejutkan dengan kemalangan maut membabitkan sebuah bas membawa 42 mahasiswa UPSI…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: