Site icon Kool FM

Subsidi berasaskan kereta tak sesuai


PETALING JAYA – Pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar dilihat tidak sesuai diberikan hanya berdasarkan jenis ken­deraan yang digunakan, menurut penganalisis automotif tempatan, Hezeri Samsuri.

Katanya, spesifikasi asas kenderaan seperti sesaran enjin, jumlah kuasa kuda, malah harga jualan tidak mampu untuk menentukan secara tepat sama ada pemiliknya merupakan individu berpendapatan rendah dan la­yak menerima bantuan subsidi bahan api.

“Ini kerana teknologi dalam industri automotif sentiasa berubah, kereta-kereta lama dan yang menggunakan enjin diesel mi­salnya banyak menggunakan enjin sesaran besar, namun bukanlah sebuah kereta mewah. Ada juga kereta mewah yang menggunakan enjin bersesaran kecil namun mampu menghasilkan kuasa tinggi.

“Dari segi kuasa kuda pula, modifikasi mudah dilakukan untuk meningkatkan kuasa enjin sesebuah kenderaan.

“Selain itu, golongan berpendapatan tinggi juga boleh membeli kereta berharga lebih murah terutamanya untuk digunakan oleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version