
Bil subsidi bahan api bulanan Malaysia pernah melonjak sehingga RM7.5 bilion pada satu ketika dalam bulan April lalu, petik The Star.
Lonjakan drastik ini didorong oleh ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mengakibatkan kenaikan harga minyak global serta meningkatkan kebimbangan terhadap rantaian bekalan tenaga.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendedahkan bahawa bil subsidi berkenaan menunjukkan peningkatan yang mendadak pada awal tahun ini.
Menurut beliau, jumlah tersebut meningkat daripada sekitar RM700 juta sebulan pada Januari dan Februari, sebelum melonjak kepada RM5 bilion pada Mac dan mencapai kemuncaknya pada April.
Bagaimanapun, jumlah itu kini kembali menyederhana berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
“Namun kini, dengan harga yang semakin turun dan menyederhana, kita mungkin melihat kos subsidi berada sekitar RM3.5 bilion hingga RM4 bilion,” katanya semasa sesi panel di forum Invest Malaysia 2026…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
