
Rakyat Malaysia yang memandu kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan membeli petrol RON95 kerana subsidi bahan api tersebut terikat kepada pendaftaran kenderaan, bukannya kewarganegaraan pemandu.
Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Azman Adam berkata, sekatan itu adalah sebahagian daripada kerangka kawalan subsidi bahan api Malaysia yang telah lama dilaksanakan, petik New Straits Times.
Ia bertujuan menghalang ketirisan, terutamanya di negeri-negeri sempadan di mana perbezaan harga menjadikan kegiatan penyeludupan yang sangat lumayan.
“Larangan menjual RON95 kepada semua kenderaan pendaftaran asing, termasuk motosikal, telah berkuat kuasa sejak 17 Jun 2022 dan masih kekal dilaksanakan.
“Dasar ini memastikan bekalan bahan api diutamakan untuk pengguna kenderaan Malaysia dan membantu mengelakkan penyalahgunaan atau salah nyata yang boleh menjejaskan kuota atau menyebabkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
