Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang mencukupi dan terjamin susulan kos pengeluaran semakin stabil.
Difahamkan, ia terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu di mana bekalan adalah mencukupi dengan harga kompetitif.
“Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan sudah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik COVID-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Russia ke atas harga import soya dan jagung bijian.
“Kerajaan juga sudah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
