Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam di mana seorang wanita cedera apabila ada sebiji buah kelapa jatuh dari pokok mengenai kepalanya dalam kejadian di Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Menurut laman portal Malaysia Gazette, salah seorang saksi, Md Ghazali Shaari berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika dia sedang melayan pelanggan di gerai durian miliknya berhampiran lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku sekelip mata, saya dengar bunyi jeritan serta dentuman jatuh sebelum melihat topi keledar serta seorang wanita tergolek atas jalan.
“Kenderaan banyak ketika itu dan saya bersama orang awam di lokasi kejadian segera memberhentikan kenderaan agar tiada pelanggaran berlaku ke atas mangsa.
“Saya kemudian menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut namun mangsa tidak dialihkan dari lokasi kejadian kerana takut akan menyebabkan kecederaan lagi memandangkan kami tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
