Site icon Kool FM

Sudah Lebih 100 Cawangan Ditutup, Netizen Pertikai Kenapa BDS Lambat Dedah KFC Terkecuali Boikot


Selepas pengerusi BDS Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung KFC tidak termasuk dalam boikot, maka kecoh di media sosial sehingga menjadi perdebatan di kalangan netizen pada hari semalam.

Namun isu yang dibangkitkan di dalam perbualan di internet adalah bagaimana kelewatan pihak BDS Malaysia mengeluarkan kenyataan tersebut sekaligus telah memberi kesan besar terhadap syarikat yang mengendalikan KFC di Malaysia.

Antara kesan drastik yang dilihat adalah KFC terpaksa menutup lebih 100 cawangan ekoran mengalami masalah kewangan yang serius dan juga kekurangan jumlah pelanggan pada saban hari.

Susulan itu, ramai netizen yang mempertikaikan tindakan BDS yang lambat mengeluarkan kenyataan sedemikian telah memberi gambaran negatif kepada KFC tempatan dan lebih teruk lagi ada yang takut membelinya kerana takut dituduh menyokong negara haram itu.

“Jadi.. kenapa BDS tak pernah keluar kenyataan sebelum ni, biarkan saja restoran KFC ditutup…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version