Kool FM

Sudah Setahun Wanita Ini Cuba Untuk Mengandung, Rupanya Dia Seorang Lelaki

Ini merupakan satu kisah benar tentang seorang wanita yang pada mulanya hanya ke hospital kerana sakit pergelangan kaki namun berita yang dia terima amat mengejutkan. Berita yang dikongsi oleh doktor ini telah mengubah diri wanita ini secara menyeluruh. Wanita yang berasal dari timur China ini dikatakan gagal untuk hamil selepas setahun mencuba menjadikan berita bahawa dia seorang lelaki menjadi sebab utama kenapa dia tidak boleh mengandung.

Wanita berusia 25 thaun yang hanya mahu dikenali sebagai Pingping sebenarnya khunsa atau interseks iaitu memiliki kedua-dua sifat kelelakian dan keperempuanan sama ada dari segi fizikal atau perasaan yang juga boleh dikategorikan sebagai Disorder Sex Development (DSD).

Menurut laporan, Pingping telah melakukan x-ray di sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan pergelangan kakinya yang cedera. Selepas itu, doktor mendapati tulang Ping tidak berkembang sejak remaja dan doktor temui struktur tulang Pingping tidak seperti seorang wanita. Doktor kemudiannya dimaklumkan bahawa Pingping tidak pernah datang haid.

Sebelum ini, Pingping mendedahkan dia tidak pernah memeriksa keadaan dan mencari punca dia tidak datang haid kerana malu dan memilih untuk mendiamkannya sahaja. Tambah Pingping, semasa kecil ibunya pernah mendapatkan rawatan di hospital namun doktor menyatakan bahawa Pingping hanya mengalami perkembangan yang lebih perlahan daripada kanak-kanak lain secara seksual dan akan alami haid dalam beberapa tahun lagi.

Namun apabila sudah dewasa, Pingping merasakan isu ini sangat memalukan jadi dia tidak menanganinya dengan serius. Walaupun Pingping tahu situasi ini tidak normal bagi seorang wanita tetapi dia tidak sangka masalah yang dialaminya lebih besar dari itu.

Sementara itu, Pingping berkongsi berita bahawa dia sudah setahun berkahwin dan ada masalah untuk mendapat zuriat. Dia dan suami telah pergi menemui pakar endokrinologi di hospital dan hasil pemeriksaan pakar, Doktor Dong Fengqin mendapati yang Pingping sebenarnya seorang lelaki.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan selepas pakar mendapati Pingping bukan sahaja tidak mempunyai ovari dan rahim malah dia juga tidak mempunyai testis dan juga halkum. Ini menunjukkan Pingping tiada jantina, dia bukan lelaki dan dia juga bukan seorang wanita. Buat masa ini Pingping masih belum memutuskan jantina mana yang dia inginkan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Mereka Yang Buat Saya Nak Keluar Dari Islam” – Ini Nasihat Syed Bakri Terhadap Sajat

Mengaku Dirinya Lelaki Dan Mahu Keluar Islam, Kisah Nur Sajat Ditangkap Dikatakan Hanya Gimik?

 

 

Sumber: SCMP

Exit mobile version