Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sudah Tempah Tiket Penerbangan, Anak Sedih Ridzuan Hashim Tidak Sempat Ke Majlis Perkahwinannya

today5 May 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon berbakat iaitu Ridzuan Hashim semalam dan ramai orang memuji bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Didie Alias yang menguruskan urusan jenazah.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, anak Allahyarham iaitu Muhammad Dhanial meluahkan rasa terkilan kerana perkahwinannya pada 20 Mei ini bakal berlangsung tanpa kehadiran bapa tercinta.

Menurut laporan, Didie Alias memberitahu bahawa Dhanial telah pun menyediakan tiket penerbangan dan baju untuk Allahyarham namun Allah SWT lebih menyayanginya.

“Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya.” kata Didie.

Didie turut meluahkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama keluarga tersayang sempena Aidilfitri baru-baru ini.

Sekadar makluman, Didie dan Ridzuan mendirikan rumah tangga pada 1991 dan bercerai pada 2002….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post

Luar Negara

Helah terbongkar kerana sarapan pagi

New Delhi: Jumlah pesanan sarapan pagi yang banyak membawa petunjuk kepada polis sebelum menumpaskan kegiatan scammer terbesar di India, baru-baru ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 May 2023