PETALING JAYA – Tiada yang lebih bermakna buat mana-mana syarikat tempatan jika ia berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apatah lagi mengukir sejarah tersendiri dalam industri pengeluaran minyak wangi.
Bagi yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa khususnya di pasaran ASEAN oleh syarikat tempatan Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd. dengan jenama popularnya Sugarbomb, ia telah memberi idea dan semangat kepada syarikat ini untuk terus memperkasakan lagi pengoperasian perniagaannya agar terus meneroka idea dan perancangan pada masa depan.
Syarikat yang memiliki kilang di Klang, Selangor itu mula mencabar diri untuk mengharumkan jenama dan sekali gus mengangkat imej negara di persada antarabangsa apabila menjadi satu-satunya wakil dari ASEAN untuk menyertai pameran antarabangsa di Dubai World Trade Centre, Dubai pada akhir bulan lalu.
Ini adalah tahun kedua syarikat menyertai acara tersebut membolehkan ia lebih matang untuk membawa kelainan dalam pameran pada tahun ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: