Site icon Kool FM

SugarBomb rai lebih 1,000 tetamu dalam majlis rumah terbuka


PETALING JAYA – SugarBomb Worldwide Sdn. Bhd. (SugarBomb) tetap menganjurkan program rumah terbuka sempena  Syawal meskipun bulan mulia itu telah berlalu.

Menurut Pengasas syarikat, Ahmad Azhari Rosli, meskipun  agak lewat  tetapi niat utama syarikat adalah untuk meraikan pelbagai pihak khususnya peminat produk SugarBomb, pengedar, rakan strategik dan rakan logistiknya.

Melalui tema dan konsep berhari raya, SugarBomb  telah meraikan lebih daripada 1,000 tetamu dari seluruh negara  di pejabat syarikat di Bandar Bukit Raja, Klang baru-baru ini.

“Majlis ini adalah untuk menghargai semua orang yang terlibat dalam melancarkan operasi perniagaan dan menyokong jenama syarikat sejak tahun 2017.

“Ini kali kedua rumah terbuka kami adakan. Kali pertama diadakan adalah pada tahun 2018 secara kecil-kecilan sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Sepanjang majlis tersebut, syarikat tetap membuka kios menjual produk pewanginya pada harga promosi kepada para…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version