Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC, Bobie Farid Shamsudin membuat kejutan apabila mengumumkan perletakan jawatan malam tadi.
Keputusan itu diumumkan menerusi laman facebooknya selepas Perak FC tewas 1-2 kepada Kuching City FC pada aksi Liga Super semalam.
Baca Juga:
Tidak dapat dipastikan punca sebenar keputusan tersebut dibuat namun beliau memaklumkan bahawa sukan bola sepak sukar untuk diperbaiki lagi.
“Dengan rasminya hari ini saya melepaskan jawatan interim CEO Perak FC . Dah lama sangat saya tinggalkan rakan rakan niaga saya. Back to real Work, real People. Bagi saya sukan ini susah nak repair,” katanya menurut hantaran di Facebook.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong Perak di laman sosial. Malah, ada juga penyokong bersetuju dengan tindakan beliau melepaskan jawatan itu.
“Terbaik bos buat keputusan tinggalkan perak fc. Daripada menanggung sakit hati org yang suka duk caci maki ni baik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: