PETALING JAYA – Rangka Kerja Sukuk Kemampanannya (SSF) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) melalui anak syarikat milik penuhnya, Point Zone (M) Sdn. Bhd. (PZSB), telah mendapat penarafan emas oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).
Pegawai Pimpinan merangkap Ketua Pegawai Kewangan KPJ Healthcare, Norhaizam Mohammad berkata, penarafan ini adalah bukti gabungan projek hijau dan sosial yang sangat berkesan yang akan dijana daripada hasil diperoleh melalui terbitan rangka kerja sukuk.
Menurutnya, prestasi kemampanan syarikat diiktiraf sebagai pemberi jaminan yang cukup tinggi terhadap kapasiti dan prestasi pelaksanaan kelestarian, terutamanya berkaitan pengurusan risiko alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi projek dan aktiviti yang berkelayakan.
Pada awal tahun ini, terbitan sukuk berjumlah RM3 bilion telah diumumkan untuk membiayai keperluan pengembangan dan modal kerja syarikat.
Ia menyaksikan permintaan yang menggalakkan dalam program wakalah Sukuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
