Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sukuk Wakalah JCorp terlebih langganan lima kali

today26 June 2023

Background


PETALING JAYA –  Sukuk Wakalah Johor Corporation (JCorp) yang diterbitkan oleh kerajaan negeri Johor telah mendapat sambutan luar biasa daripada pelabur apabila ia terlebih langganan sebanyak lima kali sejak diterbitkan.

Permintaan yang tinggi ini juga telah mengakibatkan peningkatan saiz pelaksanaan daripada jumlah asal sebanyak RM1.3 bilion kepada RM1.5 bilion dengan kadar kompetitif sebanyak 15 mata asas (bps) bagi seluruh tawaran sukuk tujuh  tahun, 10 tahun dan 15 tahun dengan kadar keuntungan masing-masing 4.45 peratus, 4.54 peratus dan 4.80 peratus.

Terbitan ini menerima jaminan tanpa syarat dan jaminan pelaksanaan oleh kerajaan negeri Johor untuk jumlah sepenuhnya iaitu RM2 bilion dan sebarang keuntungan terakru.

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, permintaan yang luar biasa bagi tawaran Sukuk Wakalah ini adalah bukti kukuh kepada peranan penting JCorp selaku institusi pegangan pelaburan merentasi pelbagai sektor utama ekonomi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post